Sejak akhir-akhir ini, isu membabitkan poligami menjadi perbualan hangat dalam kalangan warga Malaysia lebih-lebih lagi apabila isu ini melibatkan pempengaruh yang sebelum ini menjadi pujaan ramai.
Isu tersebut lantas dijadikan sebagai bahan konten pempengaruh yang dikenali sebagai @eziejoelyrk di TikTok.
Lebih minat kereta daripada isteri
Menerusi video yang dimuat naik, Ezie dilihat bertanyakan soalan mengenai poligami kepada seorang lelaki yang sedang berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah.
Apa yang menghiburkan ialah respon diberikan oleh individu tersebut begitu mencuit hati sehingga membuatkan hari isterinya terlipur.
Saya sebenarnya bersara daripada komando dah 16 tahun dan bagi saya, saya lebih minat kereta daripada isteri (berpoligami).
Sebab itu saya ada satu isteri dan banyak kereta iaitu Alphard, Mercedez dan sekarang pakai BMW.
Lagipun benda ni sama ja, semua tiga segi yang menyebabkan kita sakit kepala, lebih baik kita minat yang lain.
Lihat klip video di bawah:
Nasib baik tak kene jet dengan pakcik tu. #eziejoely #fyp #fypシ
Hantaran tersebut turut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan pandangan diberikan individu berikut.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 4,900,000 tontonan dan lebih 300,000 tanda suka.
Respon Netizen:
Sumber: TikTok
Sumber :Oh bulan
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!