Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membantu pihak polis menyedut air di kawasan anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Selasa.
Sinar Harian difahamkan kerja-kerja berkenaan dijalankan sebagai usaha untuk mencari bahan bukti berkaitan pembunuhan mangsa.
Sebelum itu, anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat tiba kira-kira jam 11.45 pagi di sini.
Turut kelihatan beberapa kakitangan JPS yang turut hadir sebelum kerja mengepam air dijalankan.
Pengamal media yang berada di sekitar lokasi bagaimanapun tidak dibenarkan menghampiri lokasi berkenaan.
Pada Isnin, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, polis mengesyaki hanya seorang individu terlibat dalam kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.
Hussein berkata, ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan yang ditemukan pada tubuh mangsa.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Editor : Sheeba
Sumber: Facebook
Leave a Reply