Lebih Dari 10 Jenama Besar Terkenal Dunia, Beri Hadiah Hari Lahir Buat Ameera Khan!

Siapa yang tidak kenal dengan adik kepada usahawan dan seleb riti terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai LMK (Little Miss Khan). Ameera Khan kini banyak menghabiskan masa dengan pekerjaannya sebagai pempengaruh sosial media.

Terdahulu hangat diperkatakan bahawa Ameera Khan membeli seekor kuda kerana semakin gemar menunggang kuda serta untuk membuktikan kepada ayahnya bahawa dia seorang yang bertanggungjawab dan boleh memelihara kuda tersebut.

“Usia Yang Ke-23 Paling Bermakna Dalam Hidup”

Pada 8 Desember yang lalu, Ameera Khan telah menyambut hari lahirnya yang ke-23 tahun dengan penuh kemeriahan. Ianya dikongsikan oleh Ameera Khan sendiri di laman media sosial instagram miliknya.

Pada 8 Desember yang lalu, Ameera Khan telah menyambut hari lahirnya yang ke-23 tahun dengan penuh kemeriahan. Ianya dikongsikan oleh Ameera Khan sendiri di laman media sosial instagram miliknya.

 

https://www.instagram.com/p/C0qPlCdRHVV/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

 

Seperti yang kita ketahui, bahawa Ameera Khan merupakan Model dan pempengaruh bagi jenama-jenama besar antarabangsa yang berada di Malaysia, dari fesyen, make-up sehinggalah minyak wangi. Tambahan pula, jenama-jenama itu juga mengambil peluang ini untuk menghantar beberapa jambangan bunga, hadiah dan beserta kad ucapan buat Ameera Khan bagi menjadikan hari lahirnya itu lebih bermakna.

Antara jenama besar tersebut ialah Miu Miu, Burberry, Ralph Lauren, Valentino, Louis Vuitton, Hermes, Cartiert, KENS Apothecary, Dior, New Bottega dan Diptyque.

 

https://www.instagram.com/p/C0qxl7fxjoI/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

 

 

 

Ameera Khan merupakan pempengaruh yang dikenali ramai yang mempunyai hubungan baik dengan jenama besar tersebut, jadi tidak hairanlah jika dia menerima beberapa hadiah dari mereka bersempena dengan hari lahirnya itu.

Apa-apa pun, apabila meningkatnya usia, semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. S4emoga kita semua juga peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Titoki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*