“Ni Lagi Sekor, Drama Kuat…” – Izreen Azmida Sound Intan Salleh

Intan Liana Saleh, personaliti media sosial dan bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, hari ini membuat kenyataan panjang lebar mengenai isu saman yang dikemukakan oleh bekas suaminya dan isteri pelakon Izreen Azminda.

Dalam kenyataannya, Intan menyatakan dia merasa perlu untuk menjawab beberapa dakwaan yang tersebar luas di media sosial, terutama berkaitan dengan isu peguam yang mewakilinya dalam kes tersebut.

Intan menjelaskan bahawa dia disaman oleh pihak yang terlibat atas beberapa posting di Instagram yang disifatkannya hanya sebagai luahan sebagai seorang ibu tunggal pada ketika itu.

“Sesekali Intan menulis di sosial media tanpa sebut dan bermaksudkan mereka pun Intan disaman, kerana mereka tahu Intan tiada kemampuan melawan. Tak ada duit berpuluh ribu nak hire lawyer untuk mempertahankan diri…” – Intan

“Hari ini kita sedar duit boleh buat apa saja. Membuli yang lemah dengan undang-undang. Intan hanya manusia biasa, kadangkala nak tulis pasal isu semasa seperti kes yang berkaitan pun Intan takut. Takut dikatakan tak move on, hati busuk sbb dengki dengan kebahagian mereka, tak redha…” – Katanya

 

 

Intan menambahkan bahawa dia sangat berterima kasih kepada peguamnya yang membantunya sejak awal kes, dan seterusnya, dalam saman mahkamah dengan bayaran yang dinyatakan sebagai ‘seikhlas hati’.

Lihat Posting di bawah:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Titok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*