[VIDEO] Hael Husaini Nyanyi Soprano Bersama Datuk Syafinaz, Lain Pula Reaksi Netizen!

Nama Hael Husaini tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Hael lebih dikenali selepas dia menyertai satu pertandingan astro iaitu Akademi Fantasia.

Selepas tamat program tersebut,, rezeki Hael di dalam bidang nyanyian terus mencanak selepas dia memenangi Anugerah Juara Lagu yang ke-32 menerusi lagu Jampi.

Kini hael sering tampil dengan fesyen-fesyen dari korea, dari rambut sehingga pakaiannya sering disamakan dengan artis-artis korea. Hael juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali melakukan persembahan, malah dari hujung rambut sehingga hujung kaki begitu dijaga rapi.

“Datuk Syafinaz Ni Ada Berapa Paru-Paru?”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hael Husaini yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 499 ribu, tanda suka sebanyak 31 ribu dan sebanyak 409 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Hael Husaini bersama Datuk Syafinaz yang sedang berlatih bernyanyi lagu Soprano yang bertajuk ‘Nessun Dorma’.

 

@haelhusaini

Kitonyo Terkincit 😅 #firstattempt #syafinazselamat @syafinaz selamat

♬ original sound – Hael Husaini – Hael Husaini

 

 

Rata-rata ramai teruja melihat video nyanyian duet berkenaan. Mereka juga kagum dengan kehebatan suara dan pernafasan dari Datuk Syafinaz.

“Kalau buat cerita penthouse ni  wajib Datuk Syafinaz join jadi pelakon dia”

“Kalau Penthouse nak buat malay version, tolong ambik Datuk Syafinaz as Seojin”

“Ehh sedap pulak dengar! selama ni kalau show jenuh aku cari kat mana sedapnya tok naz nih.”-kata mereka

 

Apa-apa pun, memang terbaik Hael Husaini dan Datuk Syafinaz membawakan lagu ini walaupun dalam keadaan duduk. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Titok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*