Raisa Akhiri 2023 Bersama Single Tak Berharap Lagi, Tampilkan Meerqeen Dalam Video Lirik

Tahun 2023 bakal ditinggalkan penyanyi popular Indonesia, Raisa Andriana dengan melakar satu lagi sejarah manis dalam perjalanan karier seninya menerusi kemunculan single terbaru, Tak Berharap Lagi.

Projek Pertama Bersama Andmesh

Dilancarkan pada 15 Disember 2023 menerusi JUNI Records, karya ciptaan bersama Raisa dan Andmesh Kamaleng itu menyaksikan kolaborasi pertama wanita berusia 33 tahun tersebut dengan grup S/eek sebagai penerbit.

Single itu akui Raisa, memberi makna tersendiri kepadanya kerana ia merupakan projek pertamanya bersama Andmesh.

Meskipun tidak menampilkan Andmesh sebagai pasangan duet, mereka sebaliknya berkolaborasi dalam menyempurnakan penulisan lirik Tak Berharap Lagi.

Sementara itu, Andmesh pula berkata, ketika lagu itu ditulis, fikirannya langsung membayangkan Raisa sebagai penyanyi yang serasi untuk membawakan karya tersebut.

Kembali Ke Era Galau

Tak Berharap Lagi, seperti mengajak pendengar untuk kembali ke era lagu galau Raisa. Sejak Raisa berkongsi potongan lagu itu di media sosialnya beberapa minggu lalu, ia membangkitkan keterujaan peminat untuk turut bersama dalam projek berkenaan.

Malah, petikan lagu Tak Berharap Lagi turut digunakan oleh ramai peminat untuk membuat pelbagai video di media sosial yang secara tidak langsung menghangatkan lagi bahang kemunculan single tersebut.

Tak Berharap Lagi mewakili perasaan mereka yang pernah mengagung dan memuja cinta, tetapi berjalan waktu, perlahan ia hilang meskipun  menyangka sudah bertemu dengan orang yang menurut mereka tepat.

Kemunculan Meerqeen Dalam Lirik Video

 

 

Lagu ini turut diwarnai dengan kemunculan pelakon dan model asal Kuala Lumpur, Meerqeen.

Pertemuan secara tidak sengaja di Jepun, Raisa memulakan komunikasi santai dengan Meerqeen hingga akhirnya mencetuskan idea untuk mengundang jejaka itu beraksi dalam video lirik Tak Berharap Lagi.

Penggambaran video lirik Tak Berharap Lagi dari MIURA Film dijalankan pada pertengahan September lalu di sekitar Kebun Raya Bali.

Konsep video lirik itu menceritakan tentang kerisauan hati, namun tidak dipaparkan secara jelas dalam bentuk adegan.

Tak Berharap Lagi boleh dinikmati di platform penstriman digital seperti Apple Music, Deezer, Langitmusik, Spotify, Tiktok Music, YouTube Music dan lain-lain bermula 15 Disember 2023.

 Manakala, video lirik Tak Berharap Lagi pula boleh ditonton ramai di saluran YouTube: raisa6690 juga bermula 15 Disember 2023.  

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Titok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*