Siapa yang tidak kenal dengan Haliza Hanim Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Liza Hanim yang merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu dan ahli perniagaan Malaysia.
Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia seawal usia 17 tahun selepas memenangi sebagai Naib Juara dalam pertandingan nyanyian Golden Teen Search anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 22 Disember 1996. Selepas program itu berakhir, beliau telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman iaitu Suria Records.
Beliau merupakan salah seorang anak didik Adnan Abu Hassan dan disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik di era 2000-an, sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar.
“Sedap Juga Suara Anak Dia Ni”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @thegagah yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan juga kini meraih jumlah tontonan sebanyak 38 ribu, tanda suka sebanyak 1304 dan hampir 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Liza Hanim bersama anak perempuannya yang dikenali sebagai Marsya sedang menyanyikan lagu dari Melly Goeslaw dan Krisdayanti iaitu Cinta di sebuah majlis konvokesyen.
@thegagah anak beranak ni ya ampun bila bergabung letuppp eik! @lizahanim79 and marsya 🎉🥰 #lizahanim #cinta #fyp #kptm #uptm
Rata-rata diruangan komen, mereka teruja melihat anak Liza Hanim yang juga mempunyai bakat menyanyi. Mereka juga berharap agar Liza Hanim dan anaknya itu dapat menyertai pertandingan nyanyian Famili Duo pada tahun hadapan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Editor : Sheeba
Sumber: Titok
Leave a Reply