[VIDEO] Puteri Sarah Perjelas Mengenai Berat Badannya-“Aku Gemok Sebab Aku Dah….”

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah merupakan seorang pelakon dan peragawati di Malaysia. Terdahulu isunya bersama bekas suaminya hangat diperkatakan netizen dan pada akhirnya mereka bercerai dengan talak 1.

Puteri Sarah memulakan kerjayanya sebagai pelakon iklan dan seterusnya menjadi pelakon untuk filem dan drama televisyen tempatan. Kini selain sibuk menguruskan anak-anak, Puteri Sarah juga sedang sibuk untuk memenuhi jadual sehariannya sebagai pelakon.

Terdahulu, Puteri Sarah dikaitkan dengan Usahawan dan aktor dari indonesia iaitu Andi Arsyil Rahman apabila dikatakan semakin akrab dan mempunyai hubungan yang istimewa. Namun Puteri Sara menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa mereka hanya sekadar kawan dan rakan perniagaan sahaja.

 

 

“Puteri Sarah Jawab Soalan Netizen”

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @hannankhaira_ yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2 juta, tanda suka sebanyak 68 ribu dan sebanyak 1764 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Puteri Sarah menjawab soalan netizen yang mengatakan bahawa dirinya semakin berisi.

“Gemok Sarah sekarang bawah dagu dah tebal”-kata mereka

“Eh iye lah, aku dah happy, aku dah bahagia mestilah dah gemok, ade ke tengok orang happy makin kurus?”-jawab Puteri Sarah

“Orang tak bahagia je kurus, kalau orang bahagia dia mesti berisi”-tambah Sarah

 

https://www.tiktok.com/@hannankhaira_/video/7311637429088275719

 

Rata-rata ramai yang sokong dengan pendapat Puteri Sarah mengenai orang yang berisi adalah orang yang bahagia. Soalan yang sensitif sebegitu harus dielakkan untuk ditanya kerana ianya tidak sesuai. Lagipun ia termasuk di dalam kategori ‘Body Shamming’ kerana soalan tersebut dapat menyinggung perasaan.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*