Pada masa sekarang, ikhtilat ini seolah-olah tidak dapat dielakkan. Ikhtilat berlaku baik di tempat kerja, sekolah, universiti, institusi dan juga dalam aktiviti seharian.
Justeru itu, menjadi tanggungjawab semua untuk menjelaskan kepada masyarakat berhubung garis panduan ikhtilat yang sebenarnya dalam Islam.
Ini kerana perhubungan bebas antara lelaki dan wanita jika tidak dikawal dan dipandu sebaiknya akan membawa kepada pelbagai masalah yang lain.
Selepas dikecam bertalu-talu gara-gara melakukan adegan dipeluk lelaki dalam video teaser sebuah drama, pelakon Zara Zya menyesal dengan perbuatannya.
Zara, memohon maaf atas yang terjadi dan berjanji akan lebih menjaga batas sebagai seorang muslimah bertudung pada masa akan datang.
“Rasa sedikit ralat dan menyesal pun ada juga sebab saya tidak fikir panjang. Sepatutnya benda seperti itu tidak berlaku sekali gus tidak timbul isu sebegini.
“Saya sedar khilaf saya kerana melakukan sesuatu yang tidak manis dengan imej saya.
“Sebagai manusia yang banyak khilaf, saya terlepas pandang hal tidak sepatutnya. Dunia lakonan ini luas kalau saya terangkan, benda akan jadi panjang,” katanya.
Begitupun, pemilik nama lengkap Zainurul Razia itu berkata, babak tersebut bukan dibuat semata-mata ingin mencetuskan kontroversi.
“Saya tidak tahu akan mengakibatkan perdebatan dalam kalangan penonton. Saya bukan selebriti yang mahu kontroversi.
“Semestinya sedih tetapi nak buat macam mana, mereka yang hilang hormat kepada saya pun manusia biasa juga tetapi jangan terlalu ikut perasaan. Bagi saya peluang kedua untuk betulkan khilaf.
“Saya berterima kasih kepada sesiapa yang menegur dan yang kecam tidak mengapa harap dapat terima dengan hati terbuka,” ujarnya.
Ditanya sekiranya akan berubah selepas ini, dia akan cuba melakukan sebagai mungkin mengelak sesuatu yang boleh mencemarkan statusnya sebagai muslimah bertudung.
“Namun, saya tidak boleh janji untuk ubah. Risau kalau tidak buat perkara ini mungkin akan cetuskan salah lain.
“Setiap hari akan ada buat salah mungkin sedar atau tidak. Kalau orang tidak tegur saya tidak tahu, tetapi apabila tegur saya mula sedar,” jelasnya lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Editor : Sheeba
Sumber: Titok
Leave a Reply