“Saya Sangat Bahagia Dan Tenang” – Hafidz Roshdi Kalis Kecaman, Kecap Nikmat Perkahwinan Bersama Athira

Pelakon Hafidz Roshdi lebih memilih untuk enggan mengambil kisah mengenai segala kecaman dan kata-kata negatif yang dilemparkan netizen terhadap dirinya dan isteri, Athira Yuhada.

Aktor itu yang baru sahaja bernikah kali kedua itu juga tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara (perkahwinan) itu.

@kuantan188

Terima kasih @MuhammadHafidzRoshdi dan @Athira Yuhada kerana kongsikan pengalaman Skywalk dengan kami dan Selamat Pengantin Baru. Hafidz Rosdi dah, aokme bila lagi ? Untuk matlumat lanjut mengenai skywalk. 💻: https://www.kuantan188.com.my/ 📞: +60 9 513 5821 📲: (WhatsApp only) +60 10 275 0188 / +6011 7514 0956 📧: info@kuantan188.com.my #kuantantower #kuantantower188 #extremekuantan188 #kuantan #pahang #worldfederationofgreattowers #WFGT #wargapahang #wargakuantan #cafekuantan #tourismpahang #FieldTripKuantan #fypシ #fyp #fypage #fypシ゚viral #fypgakni #malaysia #hafidzroshdi #athirayuhada

♬ original sound – Menara Kuantan – Menara Kuantan

Apa yang boleh saya katakan adalah saya sangat bahagia dan tenang.

Perasaan saya ketika ini adalah sangat gembira dan bahagia. Itu yang saya boleh simpulkan.

Sebelum ini, tular mengenai sebuah video miliki pengusaha syarikat rekreasi yang memaparkan pasangan itu gembira dan ‘enjoy’ ketika melakukan aktiviti lasak  dan difahamkan mereka berdua sedang berbulan madu di Kuantan, Pahang.

Terdahulu, Hafidz akhirnya menamatkan zaman duda yang dipegangnya selama hampir 6 bulan itu bersama kekasih lama, Athira Yuhada pada 16 Disember lalu.

Athira sebelum ini menjadi individu yang didakwa telah meruntuhkan rumah tangga Hafidz dan bekas isteri, Shuhada sebelum ini.

Hasil perkongsian hidup Hafidz dan bekas isteri, mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Editor : Sheeba

 

Sumber: Titok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*