“Tak Termampu Balas Budi Datuk” – Mak Jah Menangis Terima Kerusi Roda Elektrik & Wang Saku Bulanan Daripada Rosyam Nor

Pelakon veteran, Mak Jah terharu dan tidak henti mengucapkan terima kasih selepas dibantu oleh aktor Datuk Rosyam Nor, 56, baru-baru ini. Mak Jah baru menjalani pembedahan mata sebelah kanan yang sudah tidak nampak dan perlu menjalani rawatan berkala di hospital dan klinik.

Aktres berusia 74 tahun itu akui sangat tersentuh dan gagal menahan sebak ketika wakil Rosyam Nor datang ke rumahnya untuk menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda elektrik.

Terima kasih kepada Datuk. Tak terbalas budi baik Datuk. Saya tak terkatalah, rasanya ini (kerusi roda) mahal sangat. Bagi saya memang tak termampu (balas budi). Dengan datuk bagi bulanan lagi.

 

Wakil Rosyam Nor ketika itu turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat aktres veteran yang tidak asing lagi dengan masyarakat kita.

Terdahulu, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2016 selepas menghidap kanser rahim tahap pertama namun telah disahkan bebas daripada penyakit itu pada tahun 2019.

Mak Jah juga dilaporkan sudah empat tahun tidak aktif dalam dunia lakonan disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Editor : Sheeba

 

Sumber: Titok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*