Perbelanjaan Cik B lebih RM1juta,penjelasan Datuk Seri VIDA .

Anak kepada ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini selepas dikatakan berbelanja lebih RM1 juta sebulan.

Menyedari Cik B masih menjadi topik perbincangan hangat, Datuk Seri Vida tampil membuat satu pendedahan mengejutkan mengenai perbelanjaan anak sulungnya itu.

Pemilik nama sebenar Hasmiza Othman itu tidak menafikan bahawa dirinya memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk menguruskan sendiri kewangan peribadi.

Usahawan berusia 52 tahun itu juga mengakui Cik B tidak berboros dalam berbelanja sebaliknya hanya berniat untuk menolong peniaga-peniaga kecil, lapor Gempak.com.

“Ada dia belanja untuk kegunaan peribadi. Tetapi dia juga belanja untuk keperluan perniagaan. Saya banyak beri kebebasan untuk dia uruskan perniagaan sendiri.

“Dia juga bantu peniaga-peniaga kecil yang cuba buat siaran langsung tetapi tiada penonton. Jadi apabila Cik B masuk, jumlah tontonan daripada 30 boleh jadi 1,000.

“Cik B (berbelanja untuk) membantu orang-orang yang baru mula berniaga kerana dia rasa benda itu ada nilai,” jelas usahawan tersebut memetik laporan Gempak.com.

Vida berharap, keputusannya untuk tidak mengawal perbelanjaan anak-anak dapat mendidik mereka dalam membuat pilihan yang tepat ketika menguruskan kewangan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Editor : Sheeba

 

Sumber: Titok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*