Tak sangka Alphard yang dianggap lambang kekayaan di Malaysia dijadikan teksi je di Jepun!

Siapa sangka, sesetengah kenderaan yang dikaitkan dengan status kemewahan di Malaysia, rupa-rupanya digunakan sebagai teksi sahaja di negara-negara luar

Contohnya kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dan Vellfire

Golongan VVIP dalam negara kebanyakan menggunakan dua kenderaan itu sebagai kenderaan rasmi mereka, namun apa yang ramai tidak tahu, di Jepun kenderaan ini digunakan sebagai pengangkutan awam.

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Hairul Vcool di, dia menunjukkan MPV itu sewaktu baru tiba di lapangan terbang negara matahari terbit tersebut.

“Yang mana pakai Alphard tu rasa dah kaya sangat, mari tengok sini. Dekat Jepun, Alphard jadi teksi je. Ha nampak tu Vellfire jadi teksi,” katanya menerusi sebuah video tular.

Sementara itu ramai berasa terkejut, malah ada juga yang berkongsi bahawa kenderaan mewah tersebut telah dijadikan van jenazah dan teksi di Malaysia.

“Di Johor Bahru lagi hebat bos. Vellfire buat ‘prebet sapu’ masuk Singapura. Awak pun orang Johor Bahru mesti selalu nampak,” komen Tuan Zanar.

“Tak pelik pun sebab di Terengganu (Alphard) guna untuk van jenazah. Jejak tanah kubur,” kata Ahmad Raduan.

“Ada satu kedai kat Taman Semarak, Nilai guna Alphard untuk mengangkut lauk je,” kata pengguna lain.

Harga jualan bermula dari RM438,000 untuk Vellfire 2.5L, sementara Alphard 2.4T Executive Lounge pula dijual pada harga bermula  RM538,000.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Editor : Sheeba

 

Sumber: Titok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*