“Haritu Kata Nak Berpisah” – Netizen Syak Isteri Kedua PU Abu Hamil?

Sebelum ini, pendakwah selebriti PU Abu Sufyan ada memaklumkan bahawa hubungannya bersama kedua isteri, Ain Afini dan Hana Azraa sedang retak menanti belah.

Malah, media hiburan turut melaporkan Abu ada mengaku yang dia dan kedua-dua isterinya itu bakal membawa haluan masing-masing sekitar bulan Oktober lalu.

Dalam kenyataannya itu, PU Abu berkata dia, Ain dan Hana bersepakat mahu membawa haluan masing-masing setelah menghadapi kemelut rumah tangga selama hampir enam tahun.

Namun, kenyataan itu seolah-olah disangkal isteri kedua Abu, Hana apabila wanita itu ada memberi bayangan bahawa dirinya sedang hamil.

Gara-gara perut Hana yang seperti mempunyai ‘baby bump’, netizen mula berspekulasi bahawa wanita itu kini sedang hamil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita itu dipermudahkan urusan kehamilan dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Sekadar info, Pu Abu telah bernikah dengan Ain pada tahun 2018 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

PU Abu kemudian bernikah dengan Hana pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Hana sebelum ini pernah berkahwin dan turut mempunyai anak perempuan hasil pernikahannya yang terdahulu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Editor : Sheeba

 

Sumber: Titok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*