“Biarlah Takdir Yang Menentukan”- Datuk Yusof Haslam Akui Tak Mahu Campur Urusan Jodoh Puteri Sarah

Setiap ibu bapa pasti akan tersenyum melihat anak mereka gembira, berjaya dalam kehidupan dan bertemu jodoh dengan calon suami atau isteri seperti yang diidamkan.

Begitulah mulianya darjat ibu bapa kita. Keprihatinan ibu bapa apabila bercakap soal cari jodoh juga tiada kurangnya. Mereka tentu mahukan seorang menantu yang ramah kepada manusia dan tekun beribadah kepada Yang Esa.

Oleh sebab itu, jangan pula kita melenting sekiranya mereka berniat untuk memadankan kita dengan calon pilihan mereka.

Pasti ada suatu keunikan yang terletak pada personaliti seseorang itu yang membuatkan ibu bapa kita berasa senang melihatnya. Mungkin sebab itu juga mereka merasakan bahawa orang itu padan dengan kita.

Bahkan, kehidupan yang tenang bermula dengan rahmat daripada Ilahi dan diiringi dengan restu ibu bapa yang membesarkan kita.

Bukan itu sahaja, apabila seseorang menikahi seorang wanita pilihan hatinya, dia bukan sahaja berkongsi kehidupan bersama wanita itu sahaja.

Sebenarnya dia turut menjalinkan hubungan manusiawi dengan ahli keluarganya termasuk kedua ibu bapa wanita tersebut. Inilah antara hikmah besar di sebalik pensyariatan perkahwinan dalam Islam kerana setiap suami dan isteri akan memiliki dua orang tua tambahan yang dikenali sebagai mentua.

Maka itu, setiap menantu dan mentua perlu berusaha untuk menjaga hubungan mereka kerana ia satu tuntutan syarak.

Berbahas soal ini, Penerbit filem dan drama Datuk Yusof Haslam meluahkan beliau hanya mendoakan yang terbaik dan tidak mahu masuk campur dalam urusan pilihan jodoh baru menantu disayanginya, Puteri Sarah Liyana, 38.

Memetik laporan Harian Metro, Yusof mengakui sebagai bapa, apa yang diharapkannya agar Puteri Sarah bertemu jodoh dengan lelaki yang dapat membahagiakan dirinya serta anak-anak dan biarlah takdir menentukan segalanya untuk mereka.

“Soal siapa jodohnya (Puteri Sarah), biarlah dia yang buat pilihan. Kami tidak mahu campur dalam hal ini.

“Cuma, kami mendoakan yang terbaik. Semoga Puteri Sarah mendapat jodoh dengan lelaki yang dapat membahagiakan dia dan anak-anaknya.

“Biarlah takdir yang menentukan segalanya dan mendapat keberkatan Allah SWT. Hanya kami sentiasa berdoa yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, hubungan Yusof dan isterinya, Datin Patimah Ismail serta keluarga tetap rapat dengan Puteri Sarah walaupun pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 itu sudah bercerai dengan pengarah filem, Syamsul Yusof, 39, pada 14 Jun lalu.

Bagaimanapun, tular di media sosial baru-baru ini berhubung satu hantaran video membabitkan Puteri Sarah dan rakan perniagaannya dari Indonesia, Andi Arsyil, 36, ketika mereka bersiaran langsung bersama.

Menerusi video itu diperlihatkan ibu kepada dua anak berkenaan sedang menangis apabila terdapat segelintir netizen masih menghinanya sehingga Andi meminta Puteri Sarah agar memaafkan mereka untuk lebih tenang.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Editor : Sheeba

 

Sumber: Titok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*