Pelakon dan ushahawan, Wan Syahera Putri Aprena atau lebih dikenali sebagai Aprena Manrose tampil bersuara selepas dirinya dikritik netizen kerana penampilannya yang mengenakan hoodie sehingga menampakkan bahagian leher ketika bersenam.
Hargai Teguran Netizen
Akui dirinya bukanlah manusia yang sempurna, Aprena menerusi hantaran di Instagram turut menitipkan pesanan buat netizen untuk tidak mengikut contoh yang tidak baik dilakukan serta berterima kasih di atas teguran yang diberikan kepadanya di media sosial.
“Saya hanya manusia biasa . Yang baik silalah ikut, yang tak baik dari saya ni janganlah kamu mengikut. Apa-apapun terima kasih menyayangiku seadanya.
Tegur kerana sayang. Jika benar sayang, tengoklah saya mengaji akan keluar bulan puasa nanti tau.”-tulis Aprena Manrose di instagram
“Janganlah Buka Tudung, Dunia Dah Akhir Zaman…”
Sebelum ini, Aprena mendapat teguran netizen selepas dilihat memuatnaik beberapa foto yang memaparkan dirinya mengenakan hoodie sehingga menampakkan bahagian leher.
“Please teruskan bertudung walaupun rasa susah dan tak nak. Tetap paksa diri untuk tutup aurat ya. Sis doakan baik-baik untuk kamu semoga terus istiqomah sama-sama kita.”
“Kepada Aprena, saya doakan kak sentiasa istiqomah dalam menutup aurat. Post akak ni nampak rambut dan leher. Hope lepas ni kak hati-hati ya dalam buat posting. Sekadar pesanan.”
“Janganlah buka tudung. Dunia dah akhir zaman 🙂. Jika tak boleh selamatkan orang sekeliling, kita selamatkan diri kita dulu 🙂.”
Sama-sama kita doakan agar pelakon ini terus istiqomah dalam menjadi muslimah yang terbaik…
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Editor : Sheeba
Sumber: Titok
Leave a Reply