Cantik Kot Bulu Ameera Khan! Dari Jenama Ini Rupanya…

Nama Ameera Khan tidak perlu diperkenalkan lagi. Pempengaruh yang juga merupakan adik selebriti terkenal, Neelofa sentiasa mencuri perhatian. Apa sahaja yang diperagakan, pasti menjadi buah mulut warga net.

Berkongsi foto percutian di Jepun, fesyen mewah gadis muda ini seperti biasa diperhatikan. Dalam banyak-banyak, kot bulu Ameera dipuji pengikutnya di Instagram. Walaupun bergaya ringkas, dengan jeans dan top hitam, diluarnya Ameera melengkapkan dengan kot bulu ‘palsu’, padanan yang tidak keterlaluan.

 

Cari punya cari, rupanya kot bulu palsu yang dipakai Ameera rupanya dari rumah fesyen mewah MaxMara. Bukan biasa-biasa, harganya pula sangatlah kayangan untuk kita yang marhaen ini.

Kot yang diberi nama Teddy Bear Icon Coat sangat istimewa kerana terhasil daripada gabungan fabrik alpaca dan kashmir menggunakan teknologi canggih.

 

 

Kalau kamu nak copy paste gaya Ameera, boleh beli di sini.

 

Apa Kata Anda dah Baca jangan lupa komen facebook dan shared !

 

Sumber : tiktok

Editor : by sheeba

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*