Sudah timbul isu influencer masih mempromosikan jenama produk yang diboikot oleh rakyat Malaysia.
Produk jenama kebanyakannya diboikot kerana solidariti dengan rakyat Palestin, selepas syarikat itu menunjukkan sokongan kepada Israel.
Lebih mementingkan isu kemanusiaan, Ryan Bakery memilih untuk menghantar pulang bayaran yang diterima daripada jenama ini, lapor Kosmo.
“Sebelum ini saya menerima ‘kerja’ daripada jenama produk yang diboikot dan ada yang masih mempunyai baki yang perlu disiapkan.
“Saya akui perkara ini membuatkan saya cemas, duit sudah digunakan kerana tugasan itu sudah lama disediakan.
“Sesuatu kempen mempunyai tempoh dan tarikh tertentu yang memerlukan saya memuat naik kandungan untuk produk tersebut.
“Jadi, saya terpaksa berunding untuk ‘memotong’, kerana saya faham perkara ini terlalu sensitif,” katanya seperti dipetik Kosmo! Dalam talian.
Bagaimanapun, dia tidak memadamkan kandungan yang telah dimuat naik sebelum boikot bermula dan lebih menekankan keberkatan di tempat kerja.
Bagi pencipta kandungan berusia 28 tahun itu, dia sedar wang ringgit hanya sementara dan masih banyak kerja yang perlu dilakukan.
“Saya yakin dengan rezeki Allah. Saya tidak teragak-agak dan memaklumkan pendirian saya kepada pihak pengurusan, Indigital Music.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, pelanggan juga faham dan perbualan antara saya dan mereka berjalan lancar.
“Bagi saya, keberkatan dalam kerja adalah sangat penting dan kalau boleh saya mengelak perkara yang melibatkan barangan Israel.
“Dulu saya tak berapa faham, sekarang bila dah tahu barulah saya mula buka mata dan faham,” katanya lagi.
Rata-rata rakyat Malaysia sangat lantang mengkritik artis Korea kerana masih meminum kopi jenama yang diboikot.
Kini yang dikecam ialah artis dan influencer yang masih aktif mempromosikan mee segera walaupun rakyat negara ini sedia maklum memboikot jenama tersebut.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : tiktok
Leave a Reply