[VIDEO] Hairul Azreen Menyelam Di Dubai, Tempat Yang Sama Will Smith Berkunjung Cetus Perhatian Ramai!

Hairul Azreen Idris merupakan seorang pelakon, model, pelagak ngeri dan pengarah dalam industri seni di Malaysia. Hairul memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan, sebagai pelagak ngeri sebelum menceburi dalam bidang lakonan.

Juara Fear Factor Malaysia musim pertama itu, telah mendirikan rumah tangga bersama pengacara dan blogger iaitu Hanis Zalikha. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

“Tempat Menyelam Paling Dalam Di Dubai”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hairul Azreen yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 104 ribu dan sebanyak 439 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Hairul Azreen yang melakukan aktiviti menyelam di kolam terdalam di Dubai iaitu 60 meter. Tempat itu juga adalah tempat yang sama pernah dikunjungi oleh Will Smith pada tahun 2021 yang lalu.

 

 

Rata-rata netizen teruja melihat Hairul Azreen menyelam di tempat tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa untuk pergi menyelam ditempat tersebut adalah impian kebanyakkan individu, oleh kerana harga tiket dan tempat tersebut yang berada di luar Malaysia.

Harga tiket untuk menyelam ditempat tersebut dianggarkan bermula sekitar US $409.09 iaitu bersamaan dengan RM2,268.94 untuk 2 jam.

 

 

Apa-apa pun, setiap individu rezekinya berbeza dan semuanya telah diaturkan baik oleh sang pencipta. Semoga kita semua sentiasa mensyukuri nikmat yang diperolehi kita pada hari ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*