[VIDEO] Jalil Hamid Buat Trend TikTok, Netizen ‘Salute’!-“Seronok Tengok Pelakon Lejen…”

Pelakon veteran, Jalil Hamid mencuri perhatian peminat selepas melakukan trend di TikTok bersama anak perempuannya, Afiqah Jalil.

Menerusi video yang dimuatnaik Afiqah di TikTok, Jalil dilihat sedang berada di meja makan sebelum didatangi anak perempuannya bersama secawan kopi.

Apa yang lebih menghiburkan hati netizen adalah gelagat bapa dan anak ini yang melakonkan semula adegan filem  era 70-an.

“Bapak 2024 vs bapak zaman 70-an. Cuba teliti hakikat diri masing-masing.”-kapsyen Afiqah di Instagram

 

 

 

 

“Rindu Nak Tengok Lagenda Jalil Hamid Berlakon…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka melihat lakonan semula versi ‘filem era 70-an’, malah ramai yang meluahkan rasa rindu melihat pelakon veteran berusia 66 tahun ini kembali menghiasi kaca televisyen.

“Thanks for bringing your dad here. We miss him. More content with him, please 🙏.”

“Lakonan beliau sangat mantap…banyak lakonan beliau ada dlm drama-drama arahan rashid sibir…semoga abang jalil hamid sihat selalu.”

“Pak jalil punya jelingan tu 😂😂 … teringat aku dlm movie gosok 😂😂.”

“Pelawak legenda ni berlakon boleh melawak boleh menyanyi pun boleh…lagu lagu beliau menjadi kegemaran kami seperti ayam, makan dan raya 😘😘.”

“Rindu nak tengok lagenda Jalil Hamid berlakon, saya membesar dengan drama dan cerita beliau.”‘

“Aaaaa lamanya tak tgk pak cik jalil hamid belakon suka tengok dia berlakon … moga sentiasa dibawah rahmatNya.”

“Antara salah satu pelakon berbakat.”

Lakonan Jalil Hamid memang mantap, kita sama-sama membesar dengan karyanya..

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*