Ada yang rimas dengan Puteri Sarah, Andi Arsyil?

HUBUNGAN baik antara Puteri Sarah Liyana dengan aktor Indonesia, Andi Arsyil bukan lagi rahsia.

Setiap kali muncul bersama dalam siaran langsung TikTok, pasti ribuan yang menonton malah setiap gelagat mereka akan tular dalam media sosial.

Sempat juga Diva meninjau ruangan komen yang kebanyakannya ramai memberi memberi lampu hijau serta berharap hubungan baik mereka berakhir dengan berita gembira.

Meskipun begitu, terdapat juga yang kurang senang dengan keakraban dan kemesraan mereka setiap kali membuat siaran langsung bersama.

Bagi mereka, kedua-duanya perlu menjaga batas dan tidak perlu terlalu menunjuk kemesraan seperti menangis di bahu Andi dan suka mencubit.

“Jagalah adab sebagai wanita, jangan terlalu mesra risau timbul fitnah.

“Kalau benar ada hubungan istimewa, segeralah dihalalkan. Jangan biar lama-lama, tak manis orang kata,” komen segelintir netizen.

Betul juga apa yang dikatakan netizen itu, seharusnya janganlah tunjukkan kemesraan sebab bukan semua orang menyukai setiap perkara yang dipaparkan.

Senang cakap, kalau tak mahu kena kecam, jangan tunjuk perkara yang mengundang ke arah negatif.

Namun, Diva percaya mereka hanya menjalankan tugas sebagai usahawan yang ingin memperomosikan produk mereka.

DIVA: Ramai puji Andi dan sifatkan dia sebagai lelaki yang tenang dan sopan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber