Yana Samsudin Masuk hospital , Baby Nakal sangat …

PELAKON Yana Samsudin terpaksa dikejarkan ke hospital dan disahkan menghidap praeklampsia iaitu sejenis penyakit darah tinggi yang sering menyerang ibu hamil.

Berkongsi punca diserang penyakit itu, Yana atau Nurliana Samsudin, 40, berkata ia bermula selepas dua anaknya iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea berkelakuan terlalu aktif sehingga menyebabkan dia tertekan.

“Ya, saya kena hypertension… praeklampsia kira-kira tiga minggu lalu. Doktor tanya apa yang berlaku, saya ceritakan semuanya… saya sibuk belajar, uruskan perniagaan dan anak-anak.

Yana 1

Meskipun marah, namun Yana masih menyayangi anak-anak.

“Saya mula syak insiden semalam membawa mudarat kepada diri sendiri. Ceritanya saya bawa anak-anak saya (ke pejabat) sebab saya tak ada maid (pembantu). Mateen (anak) pun akan tuisyen malam di pejabat juga. Saya dah pesan dekat anak-anak hanya duduk bermain di dalam pejabat.

“Saya kata jangan keluar dari pejabat saya dan bermain di area staf lain sebab risau virus (Covid-19) mungkin ada lagi. Tapi dah nama budak budak kan? Mereka main juga lari-lari.

“Sampailah malam selepas mesyuarat terakhir, baru saya perasan anak saya main lari-lari satu pejabat sampai raga bakul sampah kosong, dia sarung dekat kepala untuk jadi naga. Masa ni saya sudah mula jerit dekat anak saya,” ceritanya dalam satu hantaran di laman Instagram .

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan dirinya terbaring di katil hospital menerima rawatan.

Tambah Yana lagi, kelakuan anaknya itu membuatkan dia naik hantu dan menangis kerana terlalu tertekan.

“Saya jerit sekuat hati marah dekat anak saya sampai saya menangis-nangis, saya balik dalam kereta pun saya nangis.

Saya jerit sekuat hati marah dekat anak saya sampai saya menangis-nangis.

YANA SAMSUDIN

PELAKON

“Sampai dekat rumah pun saya nangis. Suami saya tak pujuk dan peluk saya pun. Dia cakap saya stres pasal kerja dan staf saya,” luahnya.

Setelah mendapati tahap kesihatannya tidak berapa baik, Yana segera mendapatkan rawatan doktor dan menerima suntikan bagi membantu menurunkan tahap tekanan dialami.

Malah, doktor juga memintanya untuk mendapatkan rehat secukupnya kerana penyakit tersebut boleh menyebabkan strok dan membahayakan bayi dalam kandungan.

Yana 2

Hasil perkahwinan bersama Fadzil, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

“Doktor juga minta saya berehat dari segala pekerjaan yang saya buat sekarang ini dan bagi surat rujuk untuk masuk ke hospital,” katanya.

Untuk info, hasil perkahwinan Yana dan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen, 8, dan Aura Aisy Sofea, 4.

Yana kini sedang hamil lapan bulan dan sedang menanti kelahiran anak ketiga.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:mstar