Kemungkinan tiada mesej perbualan bermaksud telah dipadam dan tiada ‘backup’ dalam telefon bimbit tersebut.Kes Ebit Liew

Mahkamah Tenom difahamkan terdapat 90 gambar dan tiga video berunsur tidak senonoh ditemui dalam telefon bimbit yang berdaftar atas nama pendakwah bebas, Ebit Lew.

Telefon berdaftar guna e-mel Ebit Lew

Difahamkan oleh saksi kelapan, Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching, telefon bimbit tersebut telah berdaftar ataupun digunakan atas penama yang berdaftar menggunakan e-mel ebitlew@gmail.com berserta dua nombor telefon.

 

Dalam telefon bimbit ini saya telah menemui 90 gambar dan tiga video yang disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain.

17 gambar kemaluan lelaki

Dalam pada masa yang sama, Chang Ching memberitahu kepada pihak mahkamah bahawa hasil siasatan mendapati 17 keping gambar memaparkan kemaluan telah dijumpai daripada 90 gambar itu.

Bahkan, beliau turut memberitahu pihak mahkamah bahawa ada tiga gambar serupa dengan gambar bukti yang dikemukakan ketika sesi perbicaraan sebelum ini.

 

 

Tiada sebarang mesej perbualan

Kata Chang Ching lagi, bagaimanapun, tiada sebarang mesej perbualan atau media seperti dokumen, pautan dan gambar yang ditemui.

Kemungkinan tiada mesej perbualan bermaksud telah dipadam dan tiada ‘backup’ dalam telefon bimbit tersebut.

Chang Ching juga berkata selepas sesi menganalisis barang kes itu, ia disimpan dalam almari besi sementara tunggu pegawai penyiasat mengambilnya pada 10 Januari 2023.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*