Sambil membuat komen bulat ‘U’ pada wajah Zahirah seperti makcik, Fathia Latiff berkongsi foto bersama Aiman ​​- “I Know You Still Love Me”

Bukannya makin reda, namun Fathia Latiff dilihat semakin menjadi-jadi dan meneruskan provokasi terhadap Zahirah Macwilson selepas menyamakan wajah aktres itu dengan bibik.

Yakin Aiman masih sayang

Terbaru, Fathia telah memuat naik foto lamanya bersama suami Zahirah yang juga aktor terkenal, Aiman Hakim Ridza ketika mereka menjalinkan hubungan cinta bertahun-tahun yang lama dahulu. Kata Fathia, dia tahu bahawa sebenarnya Aiman masih sayangkan dirinya.

 

“Maaf ya bik!”

Bukan itu sahaja, aktres berusia 36 tahun tersebut turut memuat naik keratan akhbar lama memaparkan berita tentang Aiman yang ditemu bual oleh wartawan dahulu.

Keratan akhbar itu menerbitkan jawapan Aiman apabila ditanya tentang perkembangan dirinya selepas hubungan cinta bersama Fathia putus di tengah jalan.

Maaf ya bik (dituju kepada Zahirah Macwilson), kata Fathia.

Bagaimanapun, Fathia dilihat menutup ruangan komen bagi kedua-dua hantaran tersebut di Instagram dan dipercayai akan meninggalkan Malaysia pada hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*