Dekat Luar Bukan Main Cantik, Rupanya Bilik Sewa Macam ‘Tongkang Pecah’ – “Almari Baju Jadi Tempat Buang Sampah”

Penampilan dirinya begitu bergaya, sentiasa on point atau slay ketika di luar namun siapa sangka rupanya rumahnya tidak ubah seperti ‘tongkang pecah’.

Perkongsian seorang tuan rumah tentang keadaan bilik yang disewanya kepada seorang pelajar perempuan mengejutkan ramai warganet di media sosial.

 

Dekat luar cantik rupanya rumah kotor sangat

Menerusi video yang tular di TikTok itu, ia memaparkan bilik tersebut dalam keadaan yang bukan sahaja berselerak tetapi kotor dan dipenuhi sampah merata-rata.

 

Penghuninya cantik dan sentiasa kelihatan kemas apabila berada di luar. Namun, di dalam bilik,  pakaian dan barangnya bersepah. Kebetulan pintu tidak dikunci.

Penuh sisa makanan, sampah

Lebih menjijikkan, video itu turut menunjukkan periuk nasi di atas lantai yang dibiarkan tidak dibasuh bersama dengan sisa nasi yang sudah kering serta kesan kotor makanan pada permaidani.

Batu lesung masih basah, pinggan dengan sisa lauk belum dibuang, bungkusan makanan dan bungkusan makanan serta plastik turut dijumpai dalam bilik tersebut.

 

 

Ujar pemilik itu lagi, dia tergerak hati untuk membuka bilik terbabit selepas terhidu bau busuk dari luar dan terkejut apabila mendapati ruang tersebut sangat kotor.

Video tersebut tular dan mendapat pelbagai respon daripada warganet di mana rata-ratanya jijik melihat keadaan bilik berkenaan yang begitu kotor. Seorang individu komen,

Almari baju jadi tempat pembuangan sampah.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*