
Sebanyak mana pun dosa yang anda miliki, jika terdetik di hati ingin berubah, sudah pasti akan menjadi lebih baik, begitu juga dengan influencer Indonesia, Lucinta Luna.
Sebelum ini dia tidak mengaku jantina dan banyak melakukan pembedahan terutama di bahagian muka agar kelihatan seperti wanita sejati.
Selepas mendengar nasihat netizen untuk menonton siaran ‘seks neraka’ di Indonesia, dia mula berasa takut akan azab.
Secara beransur-ansur Lucinta memilih untuk berubah, melalui Instagram dia mula membakar seluar dalam dan menyumbangkan rambut palsunya.
Salah seorang wanita yang menerima sumbangan rambut palsu menjadi mangsa gigitan anjing.
“Pada 2024 saya akan memulakan perubahan yang sangat hebat. Daripada dibakar, lebih baik kita sedekahkan.
“Saya dimaklumkan mengenai seorang gadis yang digigit anjing di kepala, jadi rambut palsu akan didermakan kepadanya,” kata Lucinta.
Tambahnya, dia juga sedang mencari pusat kanser untuk mendermakan rambut palsu yang tinggal dan tidak mahu membazir wang dengan membakarnya.
Malah, suaranya tidak lagi seperti perempuan dan dia memilih untuk menggunakan suara lelakinya di media sosial.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : tiktok
Leave a Reply