Majlis Pertunangan Atikah Suhaime Dipuji Netizen – “Artis Tunang Dengan Datuk Pon Simple, Kita Yang Biasa Kemain Lagi”

Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime akan melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan dari Malaysia, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari ini.

Persediaan 95 Peratus

Menurut BH Online, Atikah berkata saat pernikahan dengan Lokman cukup dinantikan dan persediaan meraikan hari bahagia itu, siap 95 peratus.

Atikah yang telah bertunang pada Disembar lalu turut menyatakan perasaan bercampur baur dan sukar untuk mengambarkan perasaannya ketika ini kerana jodohnya bersama dengan rakyat Malaysia.

Atikah juga turut berasa sebak apabila selepas ini keutamaan dia adalah suami dan terpaksa berpisah dengan keluarga di Singapura.

Dalam pada itu, Atikah turut memaklumkan bahawa dia memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi pernikahan.

 

 

Kami pilih Kuala Lumpur kerana keadaan kesihatan nenek Lokman yang tidak berapa sihat. Insya-Allah, nanti saya anjurkan kenduri marhaban pengantin di Singapura

Netizen Puji Cara Majlis Pertunangan Dijalankan

Dalam perkembangan lain, Atikah berkata, selepas bergelar isteri, dia akan mendapatkan keizinan suami untuk menerima tawaran lakonan.

 

 

 

Melihat diruangan komen, ramai netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah kepad Atikah, malah ada juga yang memuji dengan cara pernikahan yang diadakan oleh keluarga Atikah.

Netizen memuji dengan menyatakan walaupun Atikah bergelar artis dan berkahwin dengan seorang Datuk, tetapi majlis petunangannya kelihatan “simple” dan nampak manis.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*