Kemelut yang berlaku di antara penyampai radio, DJ Tyzo bersama stesen Suria FM telah mencuri perhatian warga maya dan juga rakan-rakan seperjuangan industri tersebut.
Berikutan itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin tampil memberi kenyataan setelah namanya kerap kali ‘dipetik’ netizen gara-gara isu itu.
DJ Lin didakwa menjadi punca penyampai radio lelaki yang pernah memenangi Anugerah Penyampai Radio Paling Popular ABPBH23 itu diberhentikan.
Satu sidang media akan diadakan
Menurut laporan media hari ini, DJ Lin berkata bahawa satu sidang media khas akan diadakan oleh pihak Suria FM pada 19 Januari minggu depan bagi menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Insya-Allah, Jumaat depan kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media.
Saya tidak pernah menghampakan wartawan sebelum ini setiap kali mahu mendapatkan komen atau apa sahaja kenyataan. Tapi untuk kali ini, saya minta maaf, tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan sehingga jumaat ini.
Mohon gaji lebih tinggi
Menurut sumber, pemberhentian Tyzo itu dilakukan setelah pihak sumber manusia syarikat radio tersebut tidak mampu memenuhi permintaan penyampai radio itu yang meminta gaji lebih tinggi setelah bergelar penyampai radio popular selain mendapat tawaran di stesen radio lain.
SAYA MINTA MAAF KERANA INI BUKAN KEPUTUSAN SAYA. SAYA MASIH LAGI MAHU BEKERJA. SAYA PUNYA ANAK, TAPI INI BUKAN KEHENDAK SAYA. INILAH HARGA YANG PERLU SAYA BAYAR UNTUK SEBUAH KEMENANGAN PENYAMPAI RADIO POPULAR, ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2023 #abpbh35 @beritaharian
SELEPAS INI MOHON TIADA PIHAK “SPIN CERITA”, “OLAH AYAT”, “TUDUH DIVA” DEMI MENUTUP AIB. HANYA YANG PERNAH LALUI SAHAJA TAHU SAKITNYA..😭
JUTAAN MAAF KEPADA SELURUH PENDENGAR SURIA PETANG. BUAT KAK RARA @shieraijoy SAYA AKAN RINDUKAN BEKERJA DENGAN AKAK. SAYA TIDAK REDHA PEMERGIAN INI. TAPI APA DAYA SAYA, SAYA TIADA KUASA, SAYA TIADA PILIHAN. SAYA HARUS PERGI. MAAFKAN SAYA. SELAMAT TINGGAL.. SURIA @suriamalaysia 😭
Difahamkan, syarikat Suria FM hanya mampu memberi kenaikan sedikit dan tidak dapat memenuhi permintaan Tyzo namun penyampai radio tersebut sedia menyambung kontrak dengan syarat yang pelbagai seperti akan berkhidmat untuk tempoh tertentu dan boleh meletak jawatan dalam tempoh 24 jam.
Oleh disebabkan itu, pihak stesen radio Suria FM bersama-sama pengurusan tertinggi berpendapat bahawa Tyzo tidak lagi perlu menyambung kontrak sedia ada dan akan mencari penyampai yang baharu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : tiktok
Leave a Reply