Betullah netizen kata, jangan main-main dengan ‘cancel culture’ daripada orang Malaysia ni. Kalau memang netizen kata tak suka, nak boikot dan hentam memang dorang akan buat kaw kaw.
Pelakon dan pelawak, Shuk Sahar baru-baru ini pun ada berkongsi tentang pengalamannya sebelum ini ketika menjadi sasaran ‘cancel culture’ netizen sebelum ini.
Teruk dikecam sampai kena ludah!
Menerusi video podcast yang dimuat naik di TikTok, Shuk mendedahkan ketika itu dia teruk dikecam oleh masyarakat Malaysia kerana isu rumah tangga dan kecurangannya.
Mengejutkan, Shuk berkata dia pernah diperlakukan dengan biadap oleh seorang makcik ketika sedang menikmati makanan di sebuah kedai di Pulau Pinang.
Aku parking kereta, dekat tempat meja aku makan. Masa mak cik tu nak gerak mungkin dia tahu itu kereta aku.. dia ludah dekat kereta aku.
Nak marah tapi…
Ujar Shuk, ketika dia melihat makcik itu berbuat sedemikian terdetik dalam hatinya mahu bangun dan marah namun disebabkan kesnya sedang hangat dia tidak buat apa-apa.
Aku nak bangun nak marah, kes aku tengah meletup. Orang kedai tu pun pandang aku tak okay, aku pun tak buat apa apa. Itu tahap ‘cancellation’ Malaysia.
https://www.tiktok.com/@okletsgo.sg/video/7323099318850751762
Menerusi ruangan komen, ramai berpendapat apa yang dilakukan makcik tersebut tidak patut meskipun Shuk ketika itu ada isu yang sedang hangat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : tiktok
Leave a Reply