Berita perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen bersama wanita pilihan, Dayang Anisha Rosnah Adam beberapa hari lalu mendapat liputan warga maya bukan sahaja rakyat Brunei, malah seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Sebelum ini, Putera Mateen sememangnya diketahui menjadi tumpuan orang ramai kerana rupa parasnya yang kacak dan segak terutamanya golongan wanita.
Adik Putera Mateen jadi tumpuan
Memandangkan Putera Mateen sudah ‘off market’ dan bergelar suami orang, nampaknya netizen mula tertumpu kepada adiknya kerabat diraja Brunei itu iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel Bolkiah yang juga anak kandung kepada personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim bersama Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Tadi FaFau ad sebut pasal adik Prince Marteen dalam breakfast hotfm..
Aku terus stalk, omg..
Seriously helok siakkkkk…
Adik Putera Mateen jadi tumpuan
Memandangkan Putera Mateen sudah ‘off market’ dan bergelar suami orang, nampaknya netizen mula tertumpu kepada adiknya kerabat diraja Brunei itu iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel Bolkiah yang juga anak kandung kepada personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim bersama Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
https://twitter.com/i/status/1746680597387653519
Jika tidak silap, umur Putera Wakeel sudahpun mencecah 18 tahun pada tahun 2024.
Putera Wakeel dan Puteri Ameerah
Kalau anda nak tahu, Putera Wakeel merupakan anak sulung Azrinaz dan Tuanku Sultan Hassanal yang kini menetap di Brunei selain seorang lagi anak perempuan, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Azrinaz yang terpisah lama dengan anak-anaknya itu sering memuat naik foto lama ketika mereka anak beranak masih bersama dan menganggap Wakeel dan Ameerah mempunyai dua orang ibu yang sangat menyayanginya (merujuk kepada Permaisuri Brunei pada ketika ini).
Perceraian Azrinaz dan Tuanku Sultan pada tahun 2010 membuatkan bekas wartawan dan penyampai berita itu tidak pernah lupa memuat naik tentang memori mengenai putera dan puterinya yang kini semakin meningkat dewasa meskipun tidak lagi bersama secara zahirnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : tiktok
Leave a Reply