“Kau Ala Perempuan Simpanan Kat Rumah” – Zarina Zainuddin Nasihat Isteri Kedua, Tak Tahan Mental Baik Cerai Je

Pelakon dan usahawan pulut kuning, Zarina Zainuddin menasihati wanita yang bergelar isteri kedua supaya bersedia dari segi mental.

Katanya, hidup berpoligami bukanlah mudah seperti yang disangka. Kalau boleh, elakkan berkahwin dengan suami orang dan cari suami dalam kalangan lelaki bujang je.

Pelakon ini berkata, ada situasi di mana isteri kedua hanya duduk di rumah dan seolah-olah dijadikan seperti perempuan simpanan.

Tambahnya lagi, ada suami yang mahu menjaga hati isteri pertama sehingga mengabaikan hati dan perasaan isteri kedua. Kalau tak kuat mental, memang boleh gila dibuatnya.

Video:

 

Zarina yang juga hidup bermadu menasihati wanita di luar sana supaya berpisah sementara umur masih muda.

Sudahlah makan hati kerana perlu berkongsi, isteri kedua juga akan dikecam dan digelar penyondol oleh orang sekeliling sehingga ke tua.

Kredit: Instagram Zarina Zainuddin

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:ig