Terpaksa Buat Pembedahan, Jasmin Hamid Dedah Punca Lakukan Operasi Bariatrik

Hampir segelintir sahaja dari kita yang mengetahui mengenai kebaikan melakukan pembedahan bariatrik. Malah ada juga yang masih menganggap bahawa bariatrik ini dilakukan bertujuan hanyalah untuk kurus semata-mata.

Banyak Kebaikan

Sebenarnya pembedahan seperti ini selain mengurangkan berat badan, ia dapat membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi disamping membantu masalah tidur yang teruk, kemandulan, asma, serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang, dan pelbagai lagi.

Semestinya dalam soal ini, golongan selebriti pastinya sering mencuri perhatian umum. Selain mengutamakan kecantikan fizikal, ramai golongan ini sanggup melakukan pembedahan bariatrik atau potong usus untuk tampil lebih kurus dan cantik.

 

Antara artis melakukan pembedahan ini adalah Datuk Aishah, Lufya, Syanie, Datin Alyah, Anim Izzati, Datuk Ziela Jalil, Ziana Zain, Datuk Khadijah Ibrahim, Zarina Zainuddin dan berapa artis lain.

Jasmin Hamid Lakukan Pembedahan Bariatrik

Terbaru, satu perkongsian di Instagram milik pelakon Jasmin Hamid mendedahkan bahawa dia baru sahaja selesai melakukan pembedahan bariatrik.

Syukur alhamdulillah.. Dengan izinNya, saya dah selamat buat operation Bariatric

 

Tulisnya, sebelum ini dia hanya sekadar mendengar cerita dari pelbagai pihak mengenai pembedahan ini.

Selama ni saya dengar cerita orang je..itulah inilah tapi bila dah buat sendiri,baru tau apa sebenarnya problem yang ada dalam perut kita..

Tetapi setelah berjumpa dengan doktor dan hadir sendiri untuk melakukan pembedahan bariatrik, barulah dia menyedari apa sebenarnya masalh yang ada pada dirinya.

Terdapat Lubang Besar Pada Ulu Hati

 

Dedah Jasmin Hamid, dia melakukan pembedahan bariatrik apabila doktor mengesahkan terdapat lubang besar pada bahagian ulu hatinya sehinggakan perutnya telah memasuki bahagian ulu hati.

Macam kes saya pulak,saya ada lobang besar kat ulu hati saya. Patutla selama ni kadang-kadang saya rasa senak perut, ingatkan angin tapi rupanya perut dah masuk ke ulu hati.

Dia yang sebelum ini seringkali merasa senak di bahagian perut menzahirkan rasa syukur setelah penyakit itu sudah tiada lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*