(Video) “Kasihmu terus hidup, jangan mati rasa itu.”Aina Abdul

Aina mempersembahkan konsep ‘Tree of Life’ untuk persembahan kali ini. Simbolik enam akar pokok, termasuk Aina membawa makna tersendiri dan menguatkan lagi mesej disebalik maksud lagu Jangan Mati Rasa Itu, sebuah perjalanan cinta dipersembahkan di pentas #AJL38.

“Kasihmu terus hidup, jangan mati rasa itu.”

Ia membawa makna hati dan rasa yang akan terus mekar dengan cinta biarpun rasa itu tidak sama seperti dahulu. Walaupun pohon-pohon tidak subur, ranting keras mengering dan hampir mati, tetapi akar di bawah tanah masih menjalar dan mekar, seperti hati yang terus kukuh mencintai biarpun jiwa tersakiti. Mereka yang berada dalam Axiata Arena juga menghidu bau harum ketika persembahan Jangan Mati Rasa Itu, simbolik kepada mekarnya cinta yang berada di dalam hati.

Video :

@ohbulanofficial Aina Abdul bak akar-akar pokok yang tercabut dari tanah. Fuhhh next level 😭😭😭🫶🏻🫶🏻🫶🏻😍😍😍 #ohbulan #sembangentertainment #ajl38 #ainaabdul #janganmatirasaitu #terbang #ainations ♬ original sound – OHBULAN!

“Dingin hatimu berlalu pergi, getir jiwa tak siapa tahu.”

Cinta tak semestinya berakhir bahagia. Daun-daun berguguran menggambarkan rasa hati yang semakin dingin melihat sayang yang tidak lagi berbalas. Kasih yang mekar gugur satu persatu kerana hebatnya gelora jiwa yang disembunyikan.

“Apakah aku bisa melawan takdir kita? Aku hanya manusia biasa.”

“Tenggelamkan kesedihanku, terapungkan kebahagiaan aku.”

Di akhir persembahan, Aina sebagai akar pokok terapung ke atas. Ini membawa makna, Aina ingin mencari bahagia sendiri dengan ‘move on’ dari cinta yang tidak lagi berbalas dan meletakkan diri sendiri sebagai fokus untuk mecapai bahagia. Kasih dan sayang terhadap diri sendiri seharusnya sentiasa menjadi keutamaan yang tersemat dalam lubuk hati.

Komen Netizen

sumber instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*