PERSEMBAHAN pembukaan Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) memukau penonton apabila menampilakan penyanyi Shila Amzah dan juga Venessa Reunauld.
Pada persembahan itu, Shila dan Venessa menyanyikan lagu Jangan Khianati Aku, Sky Full of Star dan Hilang Naluri.
Lebih buat penonton terpukau apabila Shila yang kini sedang sarat hamil menunjukkan tenaga luar biasa di atas pentas ketika menyanyi.
Vanessa dan Shila di acara pembuakaan AJL38.
Bukan sahaja menarik lagu dalam nada tinggi tapi turut melompat di atas pentas sekali gus mengamatkan suasana di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Meskipun hanya artis pembukaan namun ramai memuji persembahan Shila seolah-olah sedang bertanding.
Pada Januari, lalu Shila mengumumkan dia hamil anak kedua.
Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 0gos 2023.
Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Ramai juga yang risau kerana Shila kini sedang hamil.
AJL38 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Sebanyak 12 lagu yang layak ke pentas AJL38 termasuk Sutera (Aisha Retno), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan), Kalam (Shiha Zikir), Bintang (Hael Husaini), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul) dan Santai (Naqiu).
Turut bertanding adalah lagu Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Hasrat (Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita & Afieq Shazwan), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:mstar