Thalia Baiduri syukur dapat berbakti kepada Bapa

Rezeki bertemu semula dengan bapanya setelah 30 tahun terpisah menjadi satu kurniaan sangat besar dalam hidup bagi usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri.

Sejak mendapat semula hak bertemu bapanya pada Januari lalu, Thalia sebolehnya mahu terus berbakti kepada lelaki yang dihormati dalam hidupnya itu.

“Alhamdulillah Ramadan kali ini saya dapat cium tangan papa dan jumpa dia sebelum kita berpuasa.

“Bagi saya sebagai anak sementara kita ada peluang lebih baik jangan buang masa dan gunakan sebaik mungkin,” katanya yang mesra disapa Bunda Lia.

Tidak langsung menyimpan dendam atas apa yang berlaku, Thalia menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir yang tertulis.

“Tidak perlu ada rasa dendam apa yang berlaku biarkan berlalu, kita anak-anak kena berusaha berbakti kepada orang tua kita.

“Bila jumpa papa, nampak senyuman papa juga sudah buat hati saya lega dan tenang,” katanya yang ligat mengusahakan perniagaan produk kecantikan Dolly Milk selain fesyen jenama Talia.

 

Meninjau di ruangan terhadap video yang sudah pun ditonton hampir 300,000 kali itu, rata-rata warganet meninggalkan komen yang baik malah ada yang memuji tindakannya memuliakan bapa meskipun terpisah lama.

 

Bercerita lanjut, kakak kepada Madammu (Eriyca Baiduri) ini juga akui kerap berhubung dengan bapanya selepas peremuan semula Januari lalu dan sering bertanya khabar.

“Doa ibu bapa dan peluang melihat mereka adalah satu anugerah paling mahal bagi setiap anak. Jangan sia-siakan,” katanya yang pernah muncul menerusi drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama Remy Ishak.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*