Sufian Suhaimi pulang cincin pada minggu kedua puasa

“Kami masih lagi baik dan tiada isu di antara satu sama lain.”

Demikian kata penyanyi dan komposer, Sufian Suhaimi selepas ditanya mengenai status dirinya bersama wanita yang dikenali sebagai Rania Al Sadat, sekaligus mengesahkan mereka kini memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Sufian berkata, dia memulangkan cincin merisik pada minggu kedua Ramadan.

“Kita masih lagi berkawan, termasuk dengan ahli keluarga masing-masing. Cumanya, hubungan ‘merisik’ itu sudah tiada. Kami terima dengan hati yang terbuka dan tidak menyimpan perasaan dendam.

“Malah sejak keputusan tersebut dibuat, kami masih lagi berjumpa dan berhubung. Namun bila cincin sudah dipulangkan, masing-masing kenalah hormati status. Buat sementara waktu, kami ambil pendekatan untuk beri ruang kepada diri kami.

“Keputusan tersebut dilakukan secara bersama sebab kalau nak diikutkan, perancangan untuk bernikah tu sudah ada sejak tahun lepas. Cuma ada beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk kami bincangkan dengan mendalam.

 

“Ini kerana masing-masing berpendapat hal perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

“Bukan saya nak cakap yang kita buat keputusan tergesa-gesa juga sebelum ini (merisik), tetapi bila semakin dekat dengan tarikh (nikah), kami berdua berbincang mengenai kehidupan saya dan dia.

“Jadi bila berbincang, kami fikir mungkin perlu ‘take a step back’ untuk fikir masak-masak. Bukan nak kata kami tidak sehaluan, cuma perkara yang dirasakan tidak sesuai untuk saya dan sebaliknya,” katanya kepada MH.

Sufian berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Raya 2024 Bersama Artis Rusa Music & MVM Production di Shah Alam, pada Isnin.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Menggenggam Bahagia itu percaya soal jodoh dan mendoakan yang terbaik buat dia dan bekas teman.

“Bagi saya itulah ‘hikmah’ di sebalik adat yang kita langsungkan sebelum ini. Kita merisik bukanlah bermaksud kita sudah berkahwin. Ia adalah proses untuk saling mengenali.

“Apa pun saya sangat bersyukur kerana dapat mengenali dan menghormatinya. Keluarganya juga sangat baik sehingga ke hari ini. Kami juga sampai sekarang mengharapkan kebahagiaan buat diri masing-masing.

 

“Siapa tahu, jodoh di tangan Tuhan. Kemungkinan kita pun akan bahagia bersama-sama juga. Mungkin ada peluang untuk kembali sebagaimana sebelum ini,” katanya lagi.

Terdahulu, tular klip video di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian menyarung cincin di jari manis seorang gadis, sekaligus mencetuskan spekulasi samada penyanyi itu sudah bertunang.

Sufian menjelaskan ia sebenarnya adalah majlis merisik yang dilangsungkan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.

 

Namun pada Mac lalu, warganet mulai membuat spekulasi membayangkan kedua mereka tidak serapat dulu memandangkan masing-masing tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*