Patutlah Lagu Raya Tersebar Di Sana,”Alamak Mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Jepun.

 

Lagu kumpulan De Fam bertajuk Alamak Raya Lagi! telah berjaya mencetuskan fenomena yang menjadi siulan orang ramai termasuk di luar negara.

Membawa tema Aidilfitri, lagu yang dikeluarkan pada 7 Mac lalu itu sering digunakan oleh pencipta kandungan sebagai muzik latar dalam posting mereka di media sosial.

Lagu yang menjadi ‘ trend ‘ popular kini terutama di platform TikTok turut digunakan oleh pengguna dari luar negara termasuk dari Indonesia, Thailand dan Korea Selatan.

Terbaru, seorang pencipta kandungan dari Jepun berjaya mencuri perhatian ramai selepas menyertai ‘ trend ‘ Alamak Raya Lagi! Ini diiringi dengan tarian rancak yang menghiburkan.

Difahamkan, kumpulan tiga penari Jepun itu merupakan ahli popular ‘Japan Dance Team’ yang dikenali ramai di negara ini sebagai ‘avantgardey’.

Rakaman tarian mereka disiarkan di akaun Instagram penyanyi Alamak Raya Lagi! turut memberi komen berterima kasih kepadanya kerana menggunakan lagu tersebut.

Menjemput perbincangan hangat, pengguna platform

Pengguna, yang dikenali sebagai Amir , berkata bahawa orang Jepun juga menggunakan perkataan ini dalam konteks yang sama dalam bahasa mereka.

Namun begitu, walaupun mempunyai maksud yang sama, cara panggilan dalam bahasa Jepun sedikit berbeza berbanding masyarakat Malaysia iaitu ‘arama’.

“Satu fakta menarik, orang Jepun juga bercakap menggunakan perkataan ‘Arama’ dalam konteks yang sama dengan orang Malaysia menyebut ‘alamak’. “Jadi, mereka faham maksud lagu ini,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Twitter

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*