Sebarang nafkah dari Datuk Red,Enggan Adira terima ini alasannya

Ikatan perkahwinan antara penyanyi, Adira Suhaimi dengan suaminya iaitu Datuk Red akhirnya terlerai selepas sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.

Datuk Red melafazkan cerai talak satu itu pada jam 9.39 pagi tadi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar selepas mahkamah membenarkan permohonan plaintif iaitu Adira mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Mahkamah kemudian memerintahkan pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi untuk menjalani tempoh edah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perpisahan mereka selepas perceraian talak satu tersebut disabitkan.

Peguam syarie yang mewakili Adira iaitu Nor Saidah Zakaria memaklumkan bahawa Datuk Red bersetuju untuk melepaskan anak guamnya dengan syarat penyanyi itu tidak menuntut apa-apa hak ke atasnya.

Adira kemudian tampil memberi penjelasan bahawa keputusan untuk tidak menuntut sebarang nafkah iddah mahupun mutaah daripada bekas suaminya itu adalah atas kehendaknya sendiri, lapor Oh Bulan.

Wanita berusia 32 tahun itu mengakui tidak mahu menerima apa-apa dari Datuk Red termasuklah nafkah berikutan memahami situasi terkini bekas suaminya yang kini berada di dalam keadaan susah.

“Buat masa sekarang anak-anak, saya yang jaga. Tetapi saya tidak menghalang sekiranya dia ingin menjenguk, mengikut persetujuan kami sendiri. Saya tak beritahu anak-anak (tentang penceraian).

“Tetapi mereka mesti akan tahu. Sebab mereka sekarang sudah pandai membaca,” kata penyanyi yang diberikan jolokan ‘Ratu Soundtrack’ itu berhubung keadaan empat orang anaknya bersama Datuk Red.

Terdahulu, Adira memfailkan penceraian ke atas suami pada 25 Oktober tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.

Adira sebelum ini pernah memfailkan penceraian pada tahun 2019 yang lalu namun membuat keputusan menarik semula permohonan tersebut demi anak-anak mereka.

Pasangan yang menikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sekadar info, isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila yang dikenali ramai dengan gelaran Datin Red turut memfailkan penceraian pada bulan Januari lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*