Semalam, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita pemain Bolasepak Harimau Malaya, Faisal Halim menjadi mangsa simbah asid sehingga beberapa bahagian di tubuhnya cedera.
Sebelum itu juga, negara dikhabarkan dengan insiden samun di Terengganu yang membabitkan seorang pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid sehingga cedera di kepala.
Susulan berita tegempar itu, Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil bersuara dan mengarahkan insiden itu disiasat segera.
Baginda dalam satu entri di Facebook, mengecam kejadian yang melibatkan dua pemain bola sepak negara itu.
Baginda juga menzahirkan rasa khuatir terhadap keselamatan kedua-dua pemain.
“Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid susulan keselamatan serta kesejahteraan mereka diganggu oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.
“Saya berharap agar Polis DiRaja Malaysia segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” titahnya.
Untuk rekod, Akhyar yang disamun pada 2 Mei lalu kini berada dalam keadaan stabil dan baik selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Sementara itu Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kelihatan begitu sedih atas apa yang berlaku kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Beliau memaklumkan bahagian badan yang terkena asid ketika ini tidak begitu baik serta berharap pemain Selangor FC itu memberi tumpuan sepenuhnya kepada rawatan pemulihan dan melupakan seketika tentang bola sepak.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:tiktok
Leave a Reply