Leona sanggup pakai baju kelawar seumur hidup

Pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona sanggup pakai baju kelawar seumur hidup jika dia mempunyai satu sahaja pilihan pakaian.

Gembira dapat pulang ke Malaysia

Menerusi hantaran Leona, 22 di Instagram, dia dilihat begitu gembira mengenakan baju kelawar berwarna merah jambu sambil menari kecil di perkarangan rumahnya.

 

Pakai baju kelawar di rumah

Difahamkan, anak kepada selebriti terkenal, Azhar Sulaiman itu baru sahaja pulang ke Tanah Air. dari London dan terlihat begitu teruja menikmati percutiannya.

Dalam hantaran di platform TikTok pula, pempengaruh berkenaan sempat menyanyikan lagu Negaraku disamping memberitahu sedang dalam proses menghafal satu lagu dalam loghat Kelantan.

 

Pakai baju kelawar memang selesa

Menjengah ke ruangan komen perkongsian Leona, ramai wanita yang mengakui hal sama apabila merasakan baju kelawar adalah baju yang sangat selesa di pakai di rumah.

Mereka juga memuji penampilan gadis terbabit yang sememangnya comel dengan baju kelawarnya.

Comel je dia pakai macam tu

Dia pakai nampak cantik, ada yang pakai nampak macam hantu Kak Limah

Dia pakai nampak cantik, ada yang pakai nampak macam hantu Kak Limah

Baru-baru ini, Leona telah berkongsi video di media sosialnya apabila ada yang mempertikai cara percakapannya dalam Bahasa Melayu yang dikatakan pelat.

Tegas Leona, dia sudah bercakap sesempurna mungkin dan merasakan percakapannya normal sahaja memandangkan rakan-rakannya juga mengatakan hal sama.

Dia sama sekali tidak membuat-buat dan agak terkejut apabila menerima komen berkenaan isu tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*