Tak dapat bantu, Caprice titip pesan ke Puteri Sarah -“Jangan sampai dia melutut kak”Tak dapat bantu, Caprice titip pesan ke Puteri Sarah -“Jangan sampai dia melutut kak”

Pempengaruh, Caprice titip pesan ke Puteri Sarah Liyana susulan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan tindakan seorang individu yang menghina pelakon itu di media sosial.

Tak mahu ulas kes2 artisl lagi

Menerusi posting yang dibuat Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, dia sudah tidak mahu mengulas kes-kes berkaitan selebriti kerana serik dengan apa yang berlaku sebelum ini.

“Minta maaf guys kaunter artis dah tutup. Kalau kes buli, gangguan se**ual, jenayah kanak-kanak2, scams, kes2 orang dianiaya, insyaAllah kami sentiasa ade untuk siasat, bongkar, ulas, dan bantu,” tulisnya.

PS kata boleh handle sendiri, Caprice titip pesan ke Puteri Sarah

Perkongsian tersebut nampaknya dilihat oleh Puteri Sarah Liyana dengan mengatakan tidak mengapa Caprice tidak dapat membantu memandangkan dia boleh sahaja mengendalikan masalah tersebut sendiri.

Ujarnya, tidak susah mana untuk mencari individu yang meninggalkan komen menghina terhadapnya dengan menggelar Puteri Sarah serta Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’ kerana sudah pun mendapat butiran peribadi lelaki tersebut.

 

 

Caprice titip pesan ke Puteri Sarah – “Jangan sampai melutut”

Susulan daripada itu, Caprice telah memberikan sedikit nasihat kepada Puteri Sarah berharap agar masalah tersebut tidak sehingga perlu melutut seperti kes yang terjadi baru-baru ini.

 

 

Isu panas minggu lepas

Perkongsian pempengaruh terbabit sudah tentu membuatkan ramai terhibur kerana mengenangkan isu ‘melutut’ melibatkan Caprice, isterinya dan seorang pemuda menjadi buah mulut ramai sejak minggu lalu.

 

Terdahulu, Puteri Sarah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menghinanya dengan gelarang yang cukup biadap di media sosial.

Selepas akaun media sosial serta butiran diri dapat dikesan pelakon terbabit, individu berkenaan telah ‘hilang’ dari platform digital untuk beberapa minggu, namun kembali muncul sekitar awal minggu tempoh hari dengan menempel mengulas isu wanita lain di platform X.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*