“Bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga mummy & adik” -Anak Bella Astillah

Ayden janji dekat mummy, Ayden tak akan buat mummy sedih. Nanti bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga mummy dan adik”

Ucapan cukup tulus anak sulung kepada Bella Astillah,Mohamad Ayden Adrean, 7 sewaktu memberikan ucapan bersempena dengan Hari Ibu kepada Bella Astillah di konti radio.

Tulusnya ucapan Ayden -“Ayden akan jaga mummy & adik”

Menerusi perkongsian video di Instagram era.je, Bella Astillah bersama ibunya, Eina Astillah turut sebak mendengar janji yang dibuat kanak-kanak petah tersebut kepada ratu hatinya.

 

 

 

Ayden akan jaga mummy, tak nak Bella kerja penat2

Ayden turut menitipkan pesan meminta ibunya tidak bekerja terlalu penat kerana bimbang selebriti itu jatuh sakit. Dia juga menyatakan yang dirinya amat menyayangi Bella serta memberi ucapan Selamat Hari Ibu,

Mummy jangan kerja sampai penat tau nanti mummy sakit. Mummy adalah ibu terbaik dalam dunia, Selamat Hari Ibu. Saya sayang mummy!” kata Ayden.

Dalam pada itu, kanak-kanak tersebut juga sempat menyanyikan serangkap lirik lagu Ibu Ratu Hatiku dihujung ucapan sekali gus menambah deras air mata Bella serta ibunya yang setia menemani di konti radio berkenaan.

 

Ayden akan jaga mummy” -Janji yang buat kita sama2 sebak

Bella yang membalas ucapan istimewa tersebut dengan nada sebak mengatakan yang dirinya sangat menyayangi kedua-dua cahaya mata tercinta serta merasakan mereka adalah anugerah yang tidak ternilai diberikan kepadannya oleh Allah S.W.T.

Perkongsian tersebut telah mencuri perhatian ramai dengan rata-rata merasakan hal sama aapbila terharu mendengar ucapan cukup matang daripada Ayden.

 

 

Anak yang bijak

Anak yang bijak

 

 

 

Kenapa kita pun nangis sama ni

Semoga yang terbaik buat kalian

Sekadar info, selain daripada Ayden Adrean, Bella Astillah juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang bernama  Ara Adreanna, 3.

Kedua-dua mereka adalah hasil perkahwinan selama 9 tahun bersama aktor kelahiran Singapura, Aliff Aziz sejak tahun 2016.

Walau bagaimanapun, rumah tangga mereka seakan sedang bergolak ketika ini dan dalam proses untuk berpisah susulan pelbagai kontroversi melibatkan Aliff bertebaran di media sosial.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*