Berjaya curi perhatian dengan gaya turban ‘berbulu’, ini isu yang Yuna mahu sampaikan

Penyanyi yang aktif mencipta nama di Amerika Syarikat iaitu Yuna kembali mencuri tumpuan selepas dipilih menjadi muka hadapan sebuah majalah tempatan terkenal.

Mana tidaknya, pemilik nama sebenar Yunalis Mat Zarai itu tampil di muka hadapan majalah terbabit dengan menggayakan fesyen turban yang mempunyai juraian bulu.

Gaya itu telah mencetuskan salah faham hingga menyebabkan segelintir pengguna media sosial mendakwa penyanyi berkenaan segaja ‘menayang’ helaian rambutnya.

Tampil menepis spekulasi, Yuna menerusi hantaran di laman Instagram menjelaskan bahawa rambutnya tidak terdedah sebaliknya hanya memakai aksesori ‘topi berbulu’.

Namun memandangkan dirinya sedang menjadi sorotan netizen, Yuna memutuskan untuk mengambil kesempatan dengan menyebarkan kesedaran mengenai Palestin.

Yuna dalam hantaran sama turut menunjukkan pendiriannya yang tidak menyokong penindasan terhadap masyarakat Palestin dan kekejaman zionis bersama sekutunya.

Penyanyi dan penggubah lagu berusia 37 tahun itu turut menegaskan dirinya hanya berkerjasama dengan pereka fesyen yang menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

“Itu bukan rambut saya. Tetapi memandangkan saya sudah mendapatkan perhatian daripada anda. (Saya berharap) Janganlah berhenti berbicara mengenai Palestin.

“Seperti ramai tahu, saya telah memutuskan hanya akan melakukan penggambaran fesyen dengan memakai busana pereka tempatan atau mana-mana individu yang bercakap mengenai Gaza mulai sekarang,” jelas Yuna.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna kagum dan menyokong pendirian Yuna menolak bekerjasama dengan pereka fesyen yang menyokong zionis.

Ramai juga pengikut mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu kerana masih aktif bercakap mengenai Palestin selain berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

“Terima kasih kerana lantang bersuara. Teruskan menyebar kesedaran,” kata seorang pengguna yang menghargai usaha pelantun lagu Terukir di Bintang itu.

“Sekurang-kurangnya, dia bercakap tentang Palestin. (Artis) Yang lain masih terbuai indah dengan jemputan jenama terkemuka yang sokong Zionis,” kata pengguna lain.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*