Tidak malu untuk bermula dari bawah semula, bekas suami penyanyi Adira Suhaimi rela menjadi peniaga kecil-kecilan.
Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red sebelum ini aktif dalam bidang jualan hartanah yang rata-rata mampu meraih keuntungan ribuan ringgit.
Menurut Kosmo! Online, Datuk Red kini tidak memilih kerja dek kerana mahu segera melunaskan hutang yang mencecah RM7 juta.
“Sekarang saya menjual kopi, sambal, baju dan minyak wangi. Berniaga juga secara kecil-kecilan dan kadangkala di tepi jalan, berdiri tengah panas atau menyertai bazar di seluruh negeri.
“Berbeza dahulu saya aktif dalam bidang hartanah, tetapi saya sedar keadaan yang tiada modal jadi tidak mengapa mula dari bawah semula dan tidak berasa malu bergelar peniaga kecil-kecilan.
“Memang ada impian untuk terlibat lagi dalam bidang hartanah, tetapi saya perlu selesaikan hutang RM7 juta yang kini hanya baru dibayar RM30,000.
“Masih panjang lagi tempoh untuk menyelesaikan hutang,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pada masa sama, Datuk Red memaklumkan segala proses pembayaran hutang itu ditentukan oleh pihak peguam.
“Segala urusan bayaran hutang akan dibuat oleh peguam saya. Dia yang akan menentukan siapa yang perlu dibayar mengikut jumlah tertentu.
“Meskipun baru RM30,000, saya tetap berasa bangga kerana wang tersebut berjaya dikumpul dalam tempoh masa sebulan.
“Bagi saya itu satu pencapaian yang positif dan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan terhadap perniagaan termasuk Adira,” tambahnya.
Kekok uruskan diri sendiri
Sudah berkahwin di usia muda dan segala hal diuruskan isteri, Datuk Red akui sukar untuk menguruskan diri sendiri.
“Saya sudah berkahwin ketika berusia 20-an, jadi perihal rumah tangga itu banyak diuruskan oleh isteri.
“Jadi sekarang saya banyak belajar sendiri menguruskan diri sendiri seperti masak dan menguruskan pakaian
“Tidak dinafikan saya ingin berbai
k semula dengan Adira, tetapi saya tidak mahu bertepuk sebelah tangan.
“Saya tidak mahu hanya saya yang terhegeh-hegeh, tetapi dia (Adira) tidak. Jadi, biarlah takdir yang tentukan sama ada kami kembali bersama atau tidak,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:tiktok
Leave a Reply