
Tengku Muhammad Ismail Mu’adzam Shah telah dinobatkan pada 11 September 2000 dengan gelaran Tengku Panglima Muda Pahang . Baginda merupakan putera kepada Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Beliau adalah yang ketiga dalam barisan pewaris takhta kerajaan Pahang. Tengku Ahmad Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan ST THOMAS, Kuantan Pahang sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara di Caldicott Preparatory School; Farnham Royal, United Kingdom.
Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Haileybury School & Epsom College dan seterusnya melanjutkan pengajian tinggi di Royal Holloway, University of London.
“Jarang nampak mereka berdua, kali ini baru muncul”-Netizen
Baru-baru ini, satu video telah dimuat naik di laman sosial TikTok milik @pahangpostnow yang mendapat perhatian ramai. Video berkenaan kini telah mendapat 41 ribu tontonan, 4,410 suka dan 77 komen.
Dalam video berkenaan, Tengku Ismail dan Tunku Azizah hadir dalam satu majlis, kemudian tetamu yang hadir menyanyikan lagu Selamat Hari Ibu bagi menyambut hari tersebut dan menghargai ibu yang berada di majlis tersebut.’
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga berkata ini kali pertama mereka melihat Tengku Ismail berdua-duaan dengan Tunku Azizah kerana sebelum ini Tunku Azizah hanya dilihat bersama Tengku Hassanal dan Tengku Muhammad.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:tiktok
Leave a Reply