PELAKON Fathia Latiff meluahkan rasa tidak selesa apabila netizen bertindak meninggalkan komen kurang baik dan saling berdebat antara satu sama lain di ruangan komen Instagram miliknya.
Kata Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 37, jika netizen tidak suka dengan perkongsiannya, dia menasihati mereka agar melakukan perkara yang lebih berfaedah seperti mendengar ceramah agama.
“Korang, pergi buat kerja masing-masing and get your life. Jika kalian tidak suka posting di Instagram saya, pergi tempat lain dan abaikan.
Fathia meluahkan rasa kurang senang itu di Instastory miliknya.
“Kalian tidak perlu berdebat di ruangan komen posting saya. Sebab saya rasa perkara itu menjengkelkan.
“Kalau rasa tidak selesa atau tidak suka, kalian boleh pergi dengar ceramah ustazah. Kalau rasa korang baik sangat nak komen fasal orang lain.
Fathia berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran video di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, aktres itu juga berkata dia penat melayan sikap segelintir manusia yang berpura-pura baik.
Malah Fathia terima jika diberi nasihat dengan cara yang betul dan tidaklah sehingga perlu berkata buruk.
“Sebab saya penat dengan orang yang acah-acah baik. Korang pun belum tentu lagi nak masuk syurga atau neraka. Boleh nasihat tapi jangan sampai hina-hina.
Terbaharu, perkongsian foto Fathia berpelukan bersama seorang lelaki mendapat perhatian netizen di media social.
Rata-rata memberikan kritikan yang negatif mengenai perkongsian tersebut.
Foto Fathia dipeluk seorang lelaki mengundang kecaman netizen.
Januari lalu, Fathia menjadi perhatian apabila kerap berkongsi foto mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di Jepun.
Lebih panas apabila lelaki yang tidak diketahui identitinya dilihat dengan jelas mencium pipi aktres tersebut.
Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, Fathia berkongsi pula foto dengan lelaki berbeza sehingga didakwa menyewa lelaki bagi menemaninya ketika bercuti.
Fathia juga dilihat bersama beberapa lelaki berbeza selepas pulang ke Malaysia namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka teman istimewa atau sekadar rakan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: mstar