Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona menegaskan pandangan bapanya yang juga merupakan pelakon, Azhar Sulaiman berkaitan perang di Palestin langsung tidak mencerminkan dirinya.
Menurut Leona, sebagai seorang yang pernah menjejakkan kaki dan melihat sendiri kekejaman yang berlaku di Palestin, dia agak kecewa dengan pendirian bapanya itu.
“Saya sekeras-kerasnya menentang Israel dan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Palestin.
“Sebagai seorang yang pernah melihat segala yang berlaku di Palestin dengan mata sendiri (walaupun di tempat paling selamat dan terkawal), saya mengambil maklum tentang kekejaman Israel dan sedar genocide ini telah berlaku lebih lama sebelum 7 Oktober.
“Saya dan ayah memang tidak mempunyai persefahaman dalam banyak perkara dan saya juga gagal untuk memahami cara dan jalan dia berfikir.
“Jadi, janganlah pukul rata dan membuat andaian sendiri hanya kerana kami mempunyai pertalian darah,” katanya.
Perkara itu dikongsikan Leona menerusi beberapa hanataran di aplikasi X.
Pada masa sama, Leona turut menyeru semua pihak untuk terus menyebarkan kesedaran tentang segala perbuatan kejam Israel terhadap rakyat Palestin.
“Jika menyebar kesedaran merupakan jalan yang terbaik setakat ini, kita memang patut buat. Kita sepatutnya bersilidariti dan mengecam tindakan pihak Israel.
“Kita sendiri tak tahu kemungkinan dan bilakah pemunuhan ini akan berakhir. Jadi, kita kena bersuara sekeras-kerasnya untuk pastikan Palestin tidak dilupakan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Leona turut berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang wanita Palestin sewaktu melawat Masjid Al Aqsa sebelum ini.
“Saya pernah berjalan di Masjid Al Aqsa dan seorang wanita Palestin menegur saya dan berpesan agar kita kena pastikan dunia tidak berhenti bercakap mengenai mereka.
“Malah, dia juga minta kita sentiasa doakan dan sokong perjuangan mereka,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Azhar menerima kecaman hebat apabila berpendapat bahawa selebriti tanah air yang lantang bersuara mengenai isu boikot sewajarnya berpindah ke Gaza dan membantu mereka yang sedang berperang di sana.
Azhar turut berkata, mereka yang lantang bersuara dalam isu itu juga tidak perlu melakukan gerakan boikot sekiranya masih berada di Malaysia dan hidup dalam keadaan gembira.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:mh