Kedai vendor pilih kasih, ibu tunggal sed1h nasi banyak tak habis sebab disor0k! Makanan orang lain semua letak atas meja

BUKAN calang-calang cabaran yang harus dipikul oleh seorang wanita berstatus ibu tunggal.

Mencari rezeki, membesarkan anak-anak sehinggalah melakukan kerja rumah, semuanya dilakukan bersendirian tanpa bantuan suami di sisi.

Pendek kata, merekalah ibu dan mereka jugalah bapa yang menjadi tempat anak-anak bergantung dan bermanja.

Begitu juga wanita ini yang perlu melalui keperitannya mencari rezeki bersendirian demi menyara empat cahaya mata selepas berpisah dengan suami.

“Anak empat orang atas tanggungan saya. Bekas suami tak ada bagi nafkah. Jadi saya berniaga vendor. Jual nasi dan sandwich, ada la hantar beberapa kedai.

“Tapi kisah sedihnya, kedai minta saya hantar ‘limit’ lima pek setiap jenis. Sedangkan saya tengok makanan lain ada yang sampai 10 pek sejenis.

 

 

Bukan mudah bergelar ibu tunggal kerana merekalah yang mencari rezeki bersendirian untuk menyara anak-anak. -Gambar hiasan

“Lagi satu kedai, suka tolak tepi makanan saya. Kedainya ni agak ramai pelanggan, jadi saya hantar dalam 20 pek nasi.

“Tapi setiap kali ambil payment, saya perasan nasi saya ada tiga, empat pek je atas meja. Yang lebihnya ada bawah meja. Makanan orang lain semua atas meja. Nasi saya saja bawah meja,” luahnya.

Tidak tahu apa alasan pemilik kedai berkenaan bertindak sebegitu, apa yang pasti situasi tersebut menyebabkan nasinya sering kali tidak habis.

“Bila dah lepas peak hour orang membeli, nasi saya akan banyak lebih. Saya sedih sangat. Saya bangun setiap hari jam 1 pagi untuk memasak, tapi kedai-kedai ini melukakan hati saya,” luahnya lagi.

 

 

Ada kalanya wanita berkenaan mengakui dirinya berputus asa kerana hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha serta modal yang sudah dilaburkan.

Tuan kedai tak ada hati perut. Letaklah atas meja… terpulang kepada rezeki. Ini tidak, menghalang rezeki orang. Nanti Allah halang rezeki kita pula.

NETIZEN

“Kadang-kadang rasa nak stop hantar tapi tak boleh… sebab sekurang-kurang ada la sikit rezeki harian.

“Macam mana nak fikir dengan tindakan mereka ni… saya cuma menumpang cari rezeki untuk teruskan hidup dengan anak-anak,” kongsinya lagi.

 

 

Luahan wanita tersebut mengundang simpati warga maya dengan rata-ratanya menyuarakan pelbagai cadangan untuk membantunya mencari rezeki tanpa bergantung kepada orang lain.

 

Warga maya meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan.

“Mungkin sis boleh berniaga sendiri. Buka meja dan jual sendiri. tak sakit hati dengan manusia macam tu.

Promote dekat media sosial. Yang mana berdekatan, boleh COD (cash on delivery) atau pelanggan boleh datang pick-up.

“Kalau ada kereta, buka bonet dan jual di mana-mana. Depan sekolah atau lokasi ramai orang.

“Tuan kedai tak ada hati perut. Letaklah atas meja… terpulang kepada rezeki. Ini tidak, menghalang rezeki orang. Nanti Allah halang rezeki kita pula,” demikian antara komen netizen.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*