Penoreh Getah Bergelar Jutawan Sekelip Mata

Lepas ni ramailah mengaku saudara, hehe… Apapun tahniah diucapkan kepada Johni Satur, 57 tahun yang diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP ke-99 yang membawa pulang RM1,000,000.

Johni yang juga merupakan seorang penoreh getah itu berkata dia membeli Sijil Simpanan Premium (SPP) BSN menggunakan duit KWSP pada tahun 2022.

 

Ingatkan skim penipuan…

Saya masih rasa seperti mimpi dapat menang RM1 juta. Malahan saya lambat memberi respon ketika dihubungi pihak BSN minggu lalu kerana bimbang ia adalah skim penipuan.

 

Selepas beberapa kali diyakinkan, barulah saya percaya menjadi salah seorang pemenang.

Johni turut sempat berkongsi pendapatannya sebagai penoreh getah yang hanya mengutip RM500 setiap bulan. Bapa kepada lima orang anak ini juga sudah lama mengimpikan untuk membina sebuah rumah baharu di tapak lain demi keselesaan keluarga.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*