[VIDEO] Ruhainies Dikecam Pakai Gaun Terdedah Dada & Bahu, Netizen Komen – ‘Seksi Melampau! Baru Balik Umrah Kan?’

Pelakon sensasi Ruhainies sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen selepas tular sepotong video memperlihatkan dia mengenakan gaun yang agak seksi

Seksi melampau!

Menerusi hantaran di TikTok milik pereka fesyen Shanell Harun, Ruhainies dilihat sedang menggayakan gaun pendek berona krim rekaan pereka tersebut.

 

Pada perkongsian itu, pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, melakukan beberapa gaya ‘posing’dengan diriingi muzik latar lagu ‘Pretty’.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas menyifatkan busana berkenaan agak seksi kerana mendedahkan bahagian dada dan bahu aktres itu.

 

Malah, netizen melahirkan rasa kurang senang memandangkan pelakon drama Maaf Tak Indah itu baru sahaja pulang mengerjakan ibadah Umrah pada bulan Mei lalu.

https://vt.tiktok.com/ZSYYLg7wA/

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*